Jumaat, 11 November 2011

PUSPA


Pudar senyummu si mawar kota

hilang harum mu melur penjuru desa
kasihan kemboja lerai dari tampuknya
di sambar mentari layulah dahlia 
berderai bersepah duhai kau tanjung
dedap tersenyum kumbang berkunjung

anggerik bersepai dipukul angin
bunga semalu lebah teringin
bunga raya tersembam di sapa rindu
kemuning duka kehilangan madu
bunga teratai hiba di pinggiran sepi
senduduk di rimba jua pujaan hati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan