Jumaat, 16 September 2011

TINGKAH LAKU


  
kucing garang suka menggigit
kesan gigitan amat berbisa
biarlah miskin harta dan ringgit
asalkan kaya budi bahasa

pergi seberang berkayuh rakit
meminang gadis belum berpunya
walaupun harta tinggi berbukit
laku yang buruk tiada gunanya

memukat ikan di kuala linggi
nampak seberang tanah sawah
jika berada di puncak tinggi
sesekali renung ke arah bawah 
  

di pucuk tualang bersarang lebah
dirempuh sang tupai tika melompat
tenungan makrifat ku bermuhassabah
merendah diriku memang bertempat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan