Jumaat, 16 September 2011

ANDAI TUBA JADI PENAWAR



kalau menebang si pokok jati
jangan tertimpa pohon delima
kalau sudah berkenan di hati
pakat bermadu kongsi bersama

meranti tirus berbatang tegap
tempat bersarang lipan merayap
usah diharap yang mula hinggap
kumbang bertali dah patah sayap

pohon merendang kelapa mawar
ditanam orang di tepi sempadan
janganlah tuba dijadikan penawar
menyiksa diri mudaratlah badan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan