Jumaat, 16 September 2011

MARI BERSAMA BERPANTUN



enak rasanya gulai gelama
dimasak oleh puan zaitun
  adinda diam begitu lama
menyepi diri dari berpantun

senyum simpul cantik berseri
muka nan bulat anak cik nyonya
  mengapa adinda menyepi diri
tokwan menanti pantun darinya

kalau tuan pergi ke pekan
tolong belikan saya keladi
pada teman dan juga rakan
mari berpantun jikalau sudi

selepas ditumbuk baru ditampi
sedaplah rasa si padi huma
janganlah suka diam menyepi
marilah kita pantun bersama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan