Khamis, 15 September 2011

TERLERAI RINDU




tengah malam kail tenggiri
cuaca gelap pasang pelita
tidak rugi merendah diri
jadi panduan hidup kita

alat merumput bernama keri
tajam bermata besi bertempa
kini berada dipangkuan isteri
terlerai rindu dapat berjumpa

hilanglah resah segala lara
ketika tiba diwaktu senja
tika berjumpa bergurau mesra
inilah masa hendak bermanja

kalau mengail si ikan pari
berumpan dedak bercampur sekam
lama tak jumpa dengan isteri
tak sampai begitu dia menerkam

buat sayur si daun geti
lalu dihidang diatas meja
kini gembira rasa dihati
dilayan isteri bagaikan raja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan