Khamis, 15 September 2011

MERINDU ISTERI



hidangan sedia didalam dulang
habis dimakan perut pun kenyang
tak sabar hati rindu nak pulang
untuk bertemu orang tersayang

hujan turun ribut melanda
habis runtuh rumah mak temah
tika tetangga bergurau senda
teringat pula isteri di rumah

burung hinggap di atas dahan
untuk menangkap si rama-rama
jiwa kosong hidup berjauhan
hamba nak pulang untuk bersama

sungai mengalir sampai muara
dihujung tanjung Kuala Bera
gembiranya hati tidak terkira
apabila isteri menyambut mesra

Tiada ulasan:

Catat Ulasan