Khamis, 15 September 2011

SEJAK HILANG DI PANDANG MATA




kuang bertelor di atas lata
tempat mandi si muda remaja
sejak hilang di pandangan mata
berhari-hari termenong sahaja

kalau pergi ke Kampong Rantau
singgah sebentar di Kg Rasau
sejak kau pergi jauh merantau
membuat diriku menjadi sasau

di tepilah tasik mengail haruan
tasik berada di Bukit Lanjan
bila terbayang wajah mu tuan
airmataku jatuh bagaikan hujan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan