Khamis, 15 September 2011

PERSAHABATAN DI USIA SENJA



Ramai yang tertanya-tanya
siapa si dia di sampingku ini
jawabku inilah sahabat saya
itulah sahaja hubungan kami


Baharu sahaja jadi sahabatku
kami bersekolah sebumbung dulu
bukanlah pulak jumpa selalu
sesekali saja dikesempatan waktu


Mesra orangnya masih bergaya
suka senyum ketika berbicara
kami berempat selalu bersama
setakat bertemu mengisi masa


Zuraida, Lan, Jaja dan saya
kami berempat sahabat setia
Pertemuan kami diusia senja
sesekali saja sempat berjumpa


Jangan difikir yang bukan-bukan
memang kami setia berkawan
kami mementing nilai persahabatan
bertemu kami menambah kemesraan


Bukan kami sahaja berkawan
anak dan isteri turut bersama
beginilah erat tali persahabatan
hubungan kami bagaikan saudara


ROSLAN, AMIRUDDIN, AHMAD SMI BATCH 1971-1976
 ZURAIDA SMI LOWER/UPPER SIX 1977-1978

Tiada ulasan:

Catat Ulasan