Jumaat, 16 September 2011

TERBAYANG-BAYANG



sejuk sungguh air telaga
telaga Hang Tuah di Melaka
lautan dalam dapat ku duga
dalam hati mana nak teka

terbang rendah anak merpati
mencari makan di merata-rata
orang yang jauh rindu di hati
orang dekat sayang di mata

minuman air berperasa madu
untuk hidangan para tetamu
beginilah diri jika merindu
Setiap hari tersebut namamu

Layang-layang bertali benang
Putus benang melayang-layang
siang malam asyik terkenang
sebelum tidor terbayang-bayang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan