Jumaat, 16 September 2011

RATAPAN



terbang tinggi siburung bangau
turun makan di depan halaman
bukan kerana diserang angau
cuma merindu rakan dan teman

nak ketawa menutup duka
nak menangis tak daya lagi
orang ingat kita gembira suka
tapi meratap malam ke pagi

ingin memetik bunga ditaman
rupanya di taman larangan
walaupun sudah jadi idaman
nak dipetik,duri menusuk tangan

Rimbun melambai pohon kelapa
Tegak condong hala ke lata
Sejak dah lama tidak berjumpa
Wajah mu terbayang selalu di mata

Tiada ulasan:

Catat Ulasan