Jumaat, 16 September 2011

TABIR KEHIDUPAN


senyumlah dengan seikhlas hati
muka yang hitam menjadi seri
tingkah laku biar seimbang
sejuk di mata orang memandang
 
bersopan santun bila bicara
tentu ramai orang yang suka
lagak dan gaya bersusun adat
ilmu di dada biarlah padat

jauhi sombong tingginya budi
 tolong menolong hidup berbakti
rajin pula beramal ibadat
barulah hidup mendapat berkat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan