Jumaat, 16 September 2011

SUDI BERPANTUN



gunung yang biru kena didaki
indah pandangan diwaktu pagi
kemana menghilang wak tasuki
tidakkah sudi nak berpantun lagi

budi bahasa sopan bersantun
telah diamalkan sekian lama
puas rasanya asyik berpantun
mana yang lain tidak bersama

lemah lembut anak cik zaitun
pergi kepasar membeli ikan
orang lama suka berpantun
bagi yang muda perlu teruskan
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan