Khamis, 15 September 2011

SI MELUKUT ~




nasib diri tidak beruntung
tiada emas yang dikendong
wang ringgit tiada menabung
harta tiada hendak ku usung

rupa tiada bahasa pun kurang
tiada siapa sudi memandang
bagaikan melukut di tepi gantang
tiada berguna kepada orang

hajat di hati nak peluk gunung
tampak cantik mata merenung
hanya termampu aku termenung
tiada tempat hendak bergantung

orang berharta hatinya senang
harta bertimbun bergunung ganang
aku yang miskin hanya mengenang
tanpa ku sedar airmata berlinang

siksanya diri hidup seorang
hati merintih jiwa mengerang
bagaikan kumbang terikat benang
tiada ku mampu untuk terbang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan