Jumaat, 16 September 2011

SERI MELUKUT



bunga tuan bunga berkembang
hamba hanya berbunga lalang

bagaikan pipit di tepi bendang

tak daya terbang bersama helang

sejuk rasanya si air telaga

jadi tumpuan di tanah jawa

madu setitik tak hilang dahaga

secangkir tuba menyegar jiwa
 
lembut beralun tiupan bayu
meliang liuk si pokok tebu

menuai kasih dibelai layu

ikhlas mainan pemikat kalbu
 ‎
jangan bicara soal bertingkah
rebana masih belum berbunyi
usah ditanya sebelum melangkah
di dalam hati masih tersembunyi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan