Jumaat, 16 September 2011

SENI PANTUN WARISAN





ke pasar mini membeli cawan
tersergam indah di tengah pekan
terima kasih menyapa tokwan
jalinan persahabatan kita eratkan

terbang hinggap si rama-rama
di pokok bunga didalam taman
berpantun kita bersama-sama
tegak warisan seni berzaman

bersampan kolek ke Pulau Sena
mengail tenggiri sama gelama
pantun tokwan tak sampai kemana
hanya meminati warisan lama

berbendang petani jauh disana
padi bertumbuk beras bertampi
jangan bimbang tidor yang lena
takkan terjaga di seri mimpi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan