Jumaat, 16 September 2011

SELANGIT KASIH


 
manis sungguh sibuah manggis
dibawalah  orang dalam perahu
bengkak mata kerana menangis
sebak  di  hati  siapa  yang  tahu

tersergam   indah  si rumah  tua
 beranjung luas berbumbung tiga
sudahlah   lama   tidak    bersua
kerap  merindu  datanglah  juga

dari   Melaka   pergi   ke Manjung
singgah sekejap di Kuala Tanjung
bagaikan dunia tiada penghujung
selangit kasih  sentiasa disanjung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan