Jumaat, 16 September 2011

BERJASA KEPADA KEDUA IBUBAPA



melambai-lambai   pohon   kelapa
subur   meninggi   di  tepi   telaga
besar  pengorbanan ibu dan bapa
susah  payah  menyara   keluarga

pergi  bertandang rumah si Joyah
di  seberang   titi  melintas   paya
ayah  dan   ibu  bersusah   payah
agar   anak-anak   hidup  berjaya

tinggi  menyayup   pohon kelapa
tegaknya  lurus  tidak  berdahan
hormati   kedua   ibu  dan   bapa
hidup  sentiasa  diberkati  Tuhan

malam-malam   menyuluh  reban
kerana musang  hendak mencuri
ayah dan ibu sanggup berkorban
agar anak berjaya kemudian hari 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan