Jumaat, 16 September 2011

SABAR


kelayar   tumbuh   subur  melata
 sedap  dicicah  sambal   berlada
kecewa   di  hati  ditimpa   derita
bawa bertenang berlapang dada

keladi  tumbuh  di  redang  rawa
tumbuh  melata  di  bawah redup
usahlah    diturut   hati    kecewa
tabah    hadapi   dugaan    hidup

tegak  meninggi   si pohon  sena
tumbuh  melata   di  tanah  lebar
jangan   di hati  kecewa  merana
tabahkan  hati   bawa   bersabar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan