Jumaat, 16 September 2011

DEMI KASIH



tumbuk lada besi bertempa
hulu gading pangkal tembaga
walau harapan ku kejar hampa
demi kasih ku renangi juga

berbudi bahasa selalu disanjung
ditengking hina terasa lah sebak
ku harap pasir menjadi tanjung
barulah pantai tak dihakis ombak

pergi ke lata bermandi manda
pakaian jatuh semua basah
walaupun perit rindu melanda
ku pujuk hati melerai resah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan