Jumaat, 16 September 2011

RAWAN HATI TOKWAN




Sampanlah kolek berlayar lalu
seberang selat si Pulau Cuping
mendung di langit hujan di hulu
sungai deras menghakis tebing

Kapal belayar di hujung tahun
merentasi selat Tanjong Dahan
bayu nan lembut menerpa daun
bertukar ribut mematah dahan

Panjat kelapa berok berantai
supaya senang ia bergayut
ombak gelora meratah pantai
pulau di laut tidakkan hanyut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan