Jumaat, 16 September 2011

KAWAN KU SAHABAT KU


andailah setia saya pinangkan
tepak beriring si sireh junjung
terima kasih kawan dan rakan
kerana sudi datang berkunjung

pinangan bagai utusan diraja
ramainya orang beriring datang
tokwan dikejar bayangan senja
salam untuk si rembang petang
masam rasanya si asam jawa
di buat minuman dicampur nira
sahabat sejati sanjungan jiwa
senyuman manis di bibir mesra

Tiada ulasan:

Catat Ulasan