Jumaat, 16 September 2011

HATI BERULAT



Segumpal darah beku yang rosak
seketul daging berulat membusuk
reput berbau loya berkudis pekong
amat melantong menusuk hidung

 di setiap denyut jantung dan nadi
menyelinap seluruh anggota sendi
tersebarlah hanyir bernanah barah
meresap di segenap saluran darah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan