Jumaat, 16 September 2011

PANTUN SI BURUNG KUANG




kuang bertelor di tepi lata
  lata terletak di tepi bukit
apalah guna bertimbun harta
jika hanya budi sedikit
kuang bertelor di tepi lata
lata tenang di tepi rimba
apalah guna bertimbun harta
jika kedekut tamak haloba

kuang bertelor di tepi lata
lata berada di tepi jalan
apalah guna bertimbun harta
jika miskin dalam amalan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan