Jumaat, 16 September 2011

PENYERI HATI



papan bertarah kayu meranti
manakan sama si kayu jati
kawan setia sedia menanti
mengharap kasih penyeri hati

hidup sendiri tiada saudara
ke sana ke mari tiada bicara
rentak lagu cinta asmara
tarian duka berhati lara

pohon cili dimakan sang siput
bersarang pula di celah rumput
sayang teratak buruk mereput
selagi sudi tokwan menjemput

hendak di jolok bergalah tiada
habis mengkudu di makan kera
rindu berjauhan tiadakan reda
datang bertandang berbual mesra

Tiada ulasan:

Catat Ulasan