Jumaat, 16 September 2011

PATAH HATI


 

luka jari meraut bilah
lalu dibalut denganlah kain
retak acuan menanti belah
kuih tak jadi dibuat lain

petang hari melipat kain
kain berlipat di atas peti
retak acuan ditukar lain
patah hati tiada terganti


kalau pergi ke Kuala Tahan
tempat menarik cantik berseri
jodoh pertemuan di tangan Tuhan
bahagia derita acuan sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan