Khamis, 15 September 2011

PANTUN BUIH !




anak panglima masuk ke hutan
pergi memburu kijang dan landak
membawa panah berserta tombak
umpama buih di tengah lautan
tengah tak sampai tepi pun tidak
terumbang ambing dipukul ombak

mudik ke hilir hala kekampung
untuk berniaga di pasar lambak
penuh sarat dengan muatan
buih di laut terapung-apung
tanpa haluan dihanyut ombak
belum tentu singgah daratan

muatan kolek getah pelampung
sauhnya berikat tali berantai
agar di muara tidak tenggelam
kasihan nasibnya buih terapung
harap terdampar di tepi pantai
ombak membawa ke laut dalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan