sepoi berhembus bayu bersantun
menyegar unggas terbang senja
ramai yang jemu tokwan berpantun
di hati merajuk nak hentikan saja
terbentang sawah usaha pak tani
keringat menitis dibumi pusaka
hasrat berpantun menyanjung seni
apakan daya orang tak suka
di langit bercahaya bulan nan satu
menerangi malam indahnya cuaca
dek kerana pantun tiada bermutu
menyakitkan mata orang membaca
Tiada ulasan:
Catat Ulasan