Khamis, 15 September 2011

ORANG DISAYANG HAKMILIK ORANG


 
pinang bertampuk terselit mayang
jatuh ke air hanyut seberang
hendak bersama orang ku sayang
orang disayang hakmilik orang

berkolek menuju ke tanah jawa
singgah berlabuh di tanjung dahan
terungkailah kasih sehati sejiwa
kerana kembara hidup berjauhan

nyior gading tumbuh di rimba
habis terbungkas jatuh menimpa
siapa yang sudi kepada hamba
bak padi menguning berisi hampa


Tiada ulasan:

Catat Ulasan