Jumaat, 16 September 2011

NASIHAT BUAT AZIMAT



rimbun melata di teduh redup
banyak berterbangan sirama-rama
jika panjang perjalanan hidup
segala kenangan mengiringi sama

masak lemak sayur bersantan
kelapa tuan santan berpati
terima kasih atas ingatan
segala nasihat tersemat di hati

kalau sudah ada penawar duka
jangan andaian kelabu di hati
mungkin dapat lebih bahagia
pisang takkan berbuah dua kali

berlari-lari sianak rusa
ditimpa hujan badannya basah
keloh kesah berputus asa
tahjud dan zikir hilanglah resah

bakar ikan di atas bara
pencicah bercampur asam jawa
usah diturut hati nan lara
carilah penawar penerang jiwa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan