Jumaat, 16 September 2011

BEZA PANDANGAN


cantik manusia dipandang mata
jika diteliti banyak yang kurang
musimlah durian lagi tak sekata 
tambahan pula hatinya orang

pergi ke surau memakai kain
balik ke rumah terus terlena
rambut sama hitam hati lain-lain
sekarang rambut ditukar warna

si cantik manis dihati berkenan
membawa buku kepit dilengan
darah sama merah jenis berlainan
begitulah mata berbeza pandangan

bila sudah bertambah usia
rambut hitam bertukar putih
begitu juga hati manusia
kotor hitam ditukar bersih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan