Jumaat, 16 September 2011

UJIAN



tepi paya bertanam tebu
habis dimamah si anak beruang
jiwa kerdil bagaikan debu
hanya menumpang di sudut ruang

lembut berjaring si kain kasa
buat menutup situdung saji
tokwan tabah merempuh masa
walau dugaan banyak menguji

juadah terletak diatas para
sambal berulam daun pegaga
sudah tahu laut bergelora
kenapa hendak belayar juga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan