Khamis, 15 September 2011

pantun pengubat lara~



pungguk berlagu bulan mengambang
di langit tampak bersinar terang
manakan tidak terasa bimbang
duduk di rumah hanya seorang

cahaya bulan di celah awan
nampak berbalam didalam taman
hati gundah ditinggal kawan
hidup sunyi tiada berteman

pungguk merayu dipohon sena
bulan mengambang cantik berseri
manakan boleh ku tidor lena
asyik merindu hari ke hari

pungguk merayu berhari-hari
berkokok subuh si ayam sabong
biarlah hamba merendah diri
untuk mengelak bersikap sombong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan