Khamis, 15 September 2011

KEMBALILAH SAYANG !



cahaya bulan nampak berbayang
menyerap jauh ke selusur rimba
pulanglah adinda pulanglah sayang
kembalilah dikau kepada hamba

awan mendung terpancar lintau
tandanya hujan tiada terhalang
puaslah sudah kanda merantau
menjejak kasih sejak menghilang

lintau berpetir menyambar jati
membelah terbakar di hujung tajuk
janganlah lama membawa hati
kanda menyerah datang memujuk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan