Jumaat, 16 September 2011

KASIHNYA EMBUN



sesejuk  nyamannya   air  telaga
mandi   manda   di  waktu  senja
wahai embun penghilang dahaga
tetapi    hanya   seketika   sahaja

di  tepi  sawah tumbuh merimbun
pohon    renek     makanan   rusa
kemanalah pula perginya embun
bertandanglah dikau setiap masa

menguning padi sawah berpagar
tempat   bermain   si   itik   serati
ku harap kasih bak embun segar
menghilang  lara   di  dalam  hati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan