Khamis, 15 September 2011

KARAM DI JIWA




puncak tirus si gunung banang
dari jauh nampaknya terang
karam di air dapat ku renang
di hati karam lemas seorang

berbara kayu tiada berpuntung
kerana reput si alu lesung
junjungan hati karangan jantung
merajuk lama tidak diusung

ayu jelita berbadan langsing
duduk sendiri di dalam taman
hendak bersara lagi ku runsing
duduk sendiri tiada  berteman

di dalam hutan mengutip berangan
buahnya kecil jatuh melayang
hasrat di hati nak tambah cawangan
pada yang ada masih disayang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan