Jumaat, 16 September 2011

GERIMIS BERTANDANG



hendak ke mana bawa belati
meraut buluh buat lelayang
hendak kemana ku bawa hati
jika tiada orang menyayang

isinya putih si buah manggis
kulit di luar berwarna hitam
jangan dibawa diri menangis
membuat hati bertambah suram

terang bersinar cahaya mentari
nampak cerah di tengah bendang
biarlah hati tenang secerah hari
adakalanya gerimis bertandang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan