Jumaat, 16 September 2011

ADAT SENGKETA



sedap rasanya inti serikaya
sedap dicicah bersama roti
hendak ku lupa tidak berdaya
hendak ku tukar tiada pengganti
 
berjalan jauh sambil berlari
pergi seberang kena meniti

bunga larangan senyum berseri

daku berduka tiada pengganti

sampan kolek tiada kemudi 
hilir mudik disebelah tepi
harapkan orang yang sudi
 namun di cari kini menyepi

berbenang halus jahitan kasa
untuk menutup ruang jendela
adat sengketa perkara biasa
maaf memaafi bertaut semula

Tiada ulasan:

Catat Ulasan