Khamis, 15 September 2011

DAKAPAN LARA





benih selasih terbang melayang
dibawa angin sampai seberang
kalau di hati tiada menyayang
biarlah hidup terpinggir seorang

si manis jelita bersopan santun
jalan melenggang sebelah kiri
sudah dibuka gelanggang pantun
kenapa membisu berdiam diri

kalau menempa si kuih loyang
loyang beracu keluli tembaga
kalau orang sudah tak sayang
rasa di hati nak berkahwin tiga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan