Jumaat, 16 September 2011

BURUNG KUANG


 
kuang  bertelor  di tepi   lata
lata  cantik    indah    berseri
apalah guna bertimbun harta
jika   miskin   kesihatan   diri

kuang  bertelor   di tepi  lata
lata  tempat  jadi   tumpuan
apalah guna bertimbun harta
jika hidup  tersesat   haluan

kuang   bertelor  di tepi   lata
lata terletak  di tepi  lombong
apalah guna bertimbun harta
jika diri bongkak dan sombong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan