Jumaat, 16 September 2011

TAK LELAP



mandi bunga limau bersintuk
sintuk dibeli di Pekan Bidor
mata sudah amat mengantuk 
kenapa pula tak boleh tidor

kalau pergi ke pekan Bidor
belikan saya sebiji kelapa
mata mengantuk tak boleh tidor
jauh hati kawan tak menyapa

gagah perkara sri laksamana
bersilat tangkas di dalam gelap
untung dapat tidor yang lena
puas berangan baru terlelap

Tiada ulasan:

Catat Ulasan