Jumaat, 16 September 2011

BERPANTUN SENI WARISAN




itik berenang di dalam paya
bersama-sama si anak angsa
pantun warisan seni budaya
indah budaya pusaka bangsa

anak gelama lekat di pukat
bercampur anak ikan pelata
menguji minda asahkan bakat
kepuasan hati pantun tercipta

buah kelapa jatuh melayang
santan untuk memasak umbut
sedap pantun kerana pembayang
tersusun indah kata penyambut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan