Jumaat, 16 September 2011

BERKIRIM RINDU



bulan  menyepi   kerana  beradu
pungguk   ternanti   terasa  jemu
cukup  sekadar   berkirim   rindu
di lain  masa   kitakan   bertemu

berkelipan  bintang dilangit tinggi
di malam  bulan  tidak menjelma
kemana sahabat menghilang lagi
hanya  menyinggah  tiada   lama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan