Jumaat, 16 September 2011

BAHAGIA





tumbuh meliar duri semalu
melilit-lilit si ulam raja
hati ceria senyum selalu
hidup aman bahagia saja

kalau pergi pekan selasa
belikan saya sigula mayang
hidup bahagia aman sentosa
di samping suami yang tersayang

masak pisang pengat serawa
dimakan orang di waktu petang
masa bersembang gelak ketawa
membuat hati selalu nak datang

cantik ayu sudahkah berpunya
malu pula hendak bertanya
mudah tersenyum baik orangnya
bab memasak serah padanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan