Isnin, 21 Oktober 2013

JUJUR BERKASIH


Terbang tinggi burung merpati
Kesana sini berpasang-pasangan
Kasih dan sayang simpan di hati
Jujur setia biarlah berpanjangan

Hujung halaman bertanam serai

di celah-celah pohon selasih
Sedang berkahwin pun bercerai
Apatah lagi dalam berkasih

Subur merimbun pohon selasih

Bunga diidam si kumbang jati
Memang sudah adatnya berkasih
Jika boleh nak sehidup semati

Kalau tuan ke pekan Langkap

Beli sekeping kayu meranti
Seandai ikan sudah tertangkap
Asam diperiuk sedia menanti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan