Khamis, 15 September 2011

MEMUJUK HATI




sampan kolek dihempas gelora
lalu terdampar di tanjung gelama
lenyap kasih hilanglah mesra
hati resah ku bawa bersama

minum kopi di dalam cawan
kudapan kuih tepung berinti
ku pujuk jiwa sedang rawan
semoga sembuh luka di hati

jika mengail ikan gelama
umpan bergaul bersama ragi
biar sembuh luka yang lama
takkan ku cari bencana lagi

anak ayam disambar helang
diatas batu tempat bersarang
orang dikasih kini menghilang
rela ku hidup tinggal seorang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan