Isnin, 21 Oktober 2013

BUNGA REBUTAN


Langit mendung guruh berdentum
Ombak di laut bertukar gelombang
Mawar kembang hanya sekuntum
Menjadi rebutan beranika kumbang

Sarat muatan di kapal dagangan
merempuh gelombang ombak berlari
mawar berduri di taman larangan
hendak dipetik menikam jari

Bunyi gendang alunan irama
tarian asli rentak Melayu
bila terpandang kekasih lama
hati ku punah terkulai layu

Angin bertiup berputar-putar
patah meranti menimpa betik
manakan hati tidak bergetar
kekasih lama bertambah cantik

Merah warna buah rambutan
masak ranum di hujung dahan
mawar berduri jadi rebutan
kumbang buta tiada pilihan

Ikanlah selar dimasak cuka
Habis dimakan sedap rasanya
Hati bergetar bercampur duka
Tika berjumpa sudah berpunya



Tiada ulasan:

Catat Ulasan