Jumaat, 9 September 2011

KELUHAN HATI


Dimana aku....
mata memandang kebaikan
hati tergerak untuk kejahatan
tangan kanan hulur sedekah
tangan kiri mencari padah

dahi sujud di bumi terbentang
kaki melangkah di lembah curang
mata terbayang keindahan syurga
nafsu memujuk hala neraka

kini aku berlari mengejar Mu
bermunajat mohon keampunan
jangan kau paling dadaku
dari arah kiblat Mu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan