Khamis, 15 September 2011

SELAGI TERDAYA SELAGI BERPANTUN



ku semai selasih di hujung laman
habis merunduk layu melata
bagai sudah kehilangan teman
puas ku cari di merata-rata

puas ku tajak rumput berduri
nak semai selasih diwaktu pagi
kemana teman menghilang diri
bagai merajuk tak kunjung lagi
gagah panglima bermain tombak
mengatur langkah kekuda kaki
kelaut bersama bermain ombak
gunung yang tinggi sama didaki

berseni silat serikandi diraja
menari tapak langkah panglima
bayang dikejar di waktu senja
di bulan purnama baru menjelma

Tiada ulasan:

Catat Ulasan