Jumaat, 16 September 2011

SALAM RINDU





ombak bergulong tetap ku redah
untuk ke seberang kampung sedeli
pantun dari mu terjawablah sudah
kerana dek rindu terpaksa dibeli

  manis bermadu bunga kemuning
dihisap kumbang habislah mala
hujan dan ribut di subuh hening
mujurlah tak karam aku di kuala

di malamlah hari gelap gelita
kelamnya cahaya pelita api
kilat bersabung bawa berita
salam rindu penawar sepi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan