Jumaat, 9 September 2011

RIWAYAT DEDAUNAN


Sesegar bayu lembut pagi
bertiup gemulai mengalun pepohon
segar menghijau senyum dibelai
namun luruh jua helaian daun kuning
melayang longlai menyambar bumi

Begitulah nasib mu wahai daun kering
lerai tangkaimu di hujung ranting
setelah baktimu lama terhenti 
mimpi buruk di igauan yang punah
kini menanti reput dimamah tanah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan